Rasulullah S.A.W pernah mengungkapkan keutamaan amal jariah di
antara semua jenis kebajikan, iaitu pahalanya tetap mengalir walaupun
orang yang melakukannya telah tiada (wafat). Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
“Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah
amalnya kecuali tiga hal sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil
manfaatnya oleh manusia, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Ahmad).
Dalam hadis-hadis berikut, Rasulullah S.A.W menyebutbeberapa jenis
amal jariah yang berkait langsung dengan kepentingan masyarakat. Baginda
bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mukmin
setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan
sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf Al-Quran yang dia
wariskan, masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia
dirikan, air sungai (irigasi) yang dia alirkan, dan sedekah yang dia
keluarkan di kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya
ketika dia meninggal dunia kelak.” (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
Islam memberi nilai lebih terhadap amal yang manfaatnya lebih lama
dan lebih berbekas dalam kehidupan sesama makhluk. Amal jariah itu dapat
dikelompokkan dalam tiga bidang pembangunan, iaitu pembangunan
pendidikan dan ilmu pengetahuan, pembangunan fizikal atau kebendaan, dan
pembangunan rohani atau keagamaan. Sebesar manfaat yang dirasakan orang
lain, sebesar itu pula keutamaan dan pahalanya di sisi Allah s.w.t.
Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi menyatakan, “Kalau kamu Muslim mahu
memahami dan memiliki keimanan yang benar serta mengetahui makna
keutamaan fikh, maka dia akan merasakan kebahagiaan yang lebih besar dan
suasana kerohanian yang lebih kuat setiap kali dia dapat mengalihkan
dana ibadah haji (bagi yang pernah menunaikan hal yang wajib) itu untuk
memelihara anak-anak yatim, memberi makan orang-orang yang kelaparan,
memberi tempat perlindungan orang-orang yang terlantar, mengubati orang
sakit, mendidik orang-orang yang bodoh, atau memberi kesempatan kerja
kepada para penganggur.”
Menurut Prof Dr. Muhammad Al-Bahi dalam bukunya Islam Dalam Kehidupan Umatnya, orang yang tujuan hidupnya mencari keredaan Allah S.W.T pasti akan berbuat kebaikan untuk kepentingan sesama manusia.
Dengan itu, setiap Muslim diingatkan jangan berhenti menanam
kebajikan dan jasa baik dalam hidup ini, Itulah sarana yang akan
mengantarkan kita pada kebahagiaan dunia dan keselamatan di akhirat.
Rasulullah s.a.w menyatakan, “Meskipun kiamat sedang terjadi, sedang
di tangan salah seorang di antara kamu masih ada bibit kurma dan dia
masih kuat untuk menanamnya, hendaklah dia tanam bibit itu, kerana
baginya ada ganjaran pahala.” (Riwayat Bukhari)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar